Saturday, January 1, 2011

PENULIS

PANDUAN PENGHANTARAN MANUSKRIP

Anda yang berminat untuk menjadi penulis menghantar karya perlu mengikut panduan yang disediakan oleh Ridhwan Samin Publishing seperti berikut:

  1. Ketebalan manuskrip hendaklah diantara 400 – 500 saiz A4. Jaraknya atau langkau mestilah double spacing.

  1. Saiz font 12 dan gunakan font ITC Clearface atau Times Roman.

  1. Manuskrip perlu dicetak di bahagian depan sahaja dan bukannya depan belakang. Kemudian dijilid. Seelok-eloknya com binding. 

  1. Sertakan sinopsis cerita, nama penuh, alamat, nombor telefon dan alamat emel anda untuk dihubungi.

5.   Manuskrip ini hendaklah dihantar sendiri atau diposkan ke Ridhwan Samin Publishing.
(Jangan sertakan CD, disket atau pendrive.)

6.   Setiap manuskrip yang sampai ke Ridhwan Samin Publishing akan dimaklumkan kepada penulis.
      Penerimaan ini juga akan direkodkan sebagai simpanan kami.

7.   Panel penilai akan menilai setiap manuskrip dalam masa empat hingga enam minggu.

8. Setiap karya akan dinilai dari aspek tema, plot, bahasa, kronologi cerita, moral, keistimewaan  (tidak meniru atau stereotaip dengan cerita-cerita yang pernah dibaca/ada identiti sendiri), falsafah, teknik penceritaan dan mood cerita.

9. Sekiranya kualiti cerita tidak memenuhi kriteria pemilihan, manuskrip tersebut akan dikembalikan. Biasanya dengan pos berdaftar atau pos ekspres.

10. Sekiranya panel penilai berpendapat manuskrip tersebut sesuai untuk diterbitkan, penulis akan dimaklumkan tentang perubahan/pemantapan yang perlu dilakukan. Kebiasaannya penulis dikehendaki melakukan penambahan/ pindaan
bagi memastikan kemantapan cerita (tertakluk kepada perbincangan).

11. Setelah panel penilai berpuas hati dengan pindaan/perubahan/pemantapan yang telah dilakukan, penulis dikehendaki menghantar CD atau emel kepada kami manuskrip tersebut untuk proses penyuntingan.

12. Elakkan cerita bertemakan kahwin paksa, kahwin yang diaturkan oleh  keluarga, kahwin kerana berkhalwat dan orang ketiga kerana cerita sebegini telah banyak berada di pasaran dan dapat dijangka apakah ke­sudahannya.

13. Cuba fikirkan jalan cerita yang menarik, ada unsur saspens/tanda tanya, ada identiti sendiri serta lonjakan emosi yang boleh menarik pembaca untuk terus membaca. Yang pasti, elakkan persamaan jalan ce­rita dengan novel lain yang pernah anda baca.

14. Anda perlu menghantar keseluruhan manuskrip dan bukannya sekadar lima bab sahaja semata-mata untuk mendapatkan komen.


15. Penghantaran manuskrip hendaklah dialamatkan kepada:

KETUA EDITOR
RIDHWAN SAMIN PUBLISHING,
NO 30, SS 8/A,
TAMAN SRI SAUJANA,
81900, KOTA TINGGI,
JOHOR.

 Royalti dibayar adalah sebanyak 15% dari hasil jualan bersih novel

CARA MENGIRA ROYALTI:-

Harga Jualan – Komisen Pengedar – Kos percetakan = Jualan Bersih

Jualan Bersih X 15% = Royalti pemilik