Saturday, January 1, 2011

SEJARAH PENUBUHAN RIDHWAN SAMIN PUBLISHING

Di tubuhkan sebagai sebuah perniagaan milikan tunggal berkonsepkan milikan tunggal dan merupakan sejenis perniagaan yang boleh dikatakan sebagai industri kecil dan sederhana (IKS), dimana menjalankan kerja-kerja penerbitan buku-buku, seperti buku muzik, novel, cerpen dan juga majalah serta pelbagai lagi bahan bercetak. Di daftarkan di Suruhanjaya Syarikat Perlis namun beroperasi di Johor dengan menggunakan alamat rumah sebagai alamat perniagaan. Dengan bermodalkan duit poket sendiri, pengasas perniagaan ini iaitu saudara Mohamad Ridhwan telah berjaya mengeluarkan hasil keluaran terbitan beliau yang pertama iaitu novel berjudul Kasihnya Siti Zulaika yang mana sambutanya begitu hangat ditempat pengajian beliau iaitu Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis naskah awal sebanyak 15 unit hanya dicetak sebagai sample untuk ditunjukkan kepada pensyarah yang banyak menyokong dan memberi tunjuk ajar kepada beliau dalam bidang perniagaan.


Pelbagai halangan dan cabaran yang ditempuhi ketika menjalankan perniagaan sepanjang tahun 2010, antaranya ialah ditipu oleh individu tidak bertanggungjawab dimana kos percetakan yang dikenakan tujuh kali ganda lebih mahal berbanding dengan kos percetakan sebenar selain dari filem cetakan(Mastercopy/ blueprint) untuk Novel yang diterbitkan tidak diberi sebaliknya hanya desing dan pagemaker sahaja diberikan. Selain daripada itu dengan tiadanya kemudahan mesin Faks dan juga pekerja yang mahir membuatkan segala-gala urusan dilakukan oleh Ridhwan sendiri daripada kerja menghantar surat hinggalah menguruskan desing cover novel. Segala-galanya dilakukan sendiri tanpa ada bantuan dari mana-mana pihak.


Sehingga ke hari ini cetakan kedua masih lagi belum dapat dijalankan walaupun modal untuk mencetak buku tersebut sudah berada dalam gengaman hanya menunggu dari Syarikat percetakan baru yang dipercayai sedang menjalankan penganalisisan kos bagi senaskah buku dan juga jumlah keseluruhan naskah yang akan diperolehi dari kos tersebut. Cetakan yang kedua ini dijangkakan akan menelan belanja sebanyak RM 2500 secara tunai tidak termasuk belanja pengurusan.


Sungguhpun beban dan permasalahan dalam dunia perniagaan yang diceburi oleh pengasas yang dilahirkan pada tahun 1991 ini sangat mencabar namun begitu dia menyembunyikan segala masalah-masalah yang dihadapi beliau di sebalik senyuman. 


"Berat mata memandang beribu kali berat bahu memikulnya" 


Itulah kata-kata yang pernah diucapkan oleh beliau, namun begitu beliau berjaya hari ini diatas sokongan dari rakan-rakanya. 
 SEUNTAI KATA UNTUK DIRASA
"Walauapapun saya tetap akan usahakan segala-galanya sehingga habis duit modal yang telah saya simpan selama ini demi cita-cita saya. Andai kata ada rezeki, saya berbesar hati menerimanya begitu juga sekiranya saya rugi saya tetap akan menerimanya dengan tabah, perjalanan hidup saya masih jauh dan tidak salah kalau kita mencuba nasib daripada menuggu guruh dilangit berdentum mendambakan hujan turun. Saya tidak akan merasa malu sekiranya perniagaan ini rugi sebaliknya saya merasa bangga diatas apa yang telah saya usahakan dan saya sentiasa berdoa semoga Allah sentiasa memberkati hamba-hambanya yang sentiasa berusaha mencari rezeki demi meneruskan kehidupan di dunia ini sejurus menjalankan janjinya sebagai khalifah dimuka bumi ini- Amin " - Mohamad Ridhwan Mohd Samin