Saturday, November 20, 2010

PROFIL




Ridhwan Samin Publishing merupakan sebuah perniagaan milikan tunggal yang didaftarkan dibawah nama pemilik Mohamad Ridhwan Bin Mohd Samin. Perniagaan ini beroperasi di No 30 Jln SS 8/A Taman Sri Saujana 81900 Kota Tinggi, Johor. Perniagaan ini menjalankan kerja-kerja penerbitan buku-buku rujukan, buku cerita, novel dan majalah. Bermula pada 9 Ogos 2010 Perniagaan ini didaftarkan bertujuan menerbitkan buku dan memasarkannya ke seluruh Negara. Hasil Keluaran terbitan yang pertama adalah sebuah novel yang berjudul Kasihnya Siti Zulaika yang dikarang sepenuhnya oleh Mohamad Ridhwan Bin Mohd Samin dan telah pun didaftarkan no ISBN dan CIP di Pusat Kebangsaan ISBN/ISSN yang bertempat di Perpustakaan Negara Malaysia. Buku ini telah di terbitkan serta mula dicetak pada 1 Oktober 2010 dan akan dipasarkan sekitar Disember 2010/ Januari 2011, buat masa sekarang buku novel Kasihnya Siti Zulaika ini sedang hangat dipromosikan di Facebook dan blogspot.





VISI
Menjadi sebuah perniagaan penerbitan yang mampu dapat bersama-sama bersaing dengan syarikat penerbitan gergasi Negara yang lain. Dan ingin mencipta rekod penerbitan pertama yang mempunyai hubung-dagang dengan lebih sejuta kedai buku di seluruh dunia

Misi
à   Menembusi pasaran antarabangsa sejajar dengan syarikat antarabangsa yang lain.
à   Membekalkan novel yang berkualiti dan bermutu tinggi
à   Memartabatkan bahasa Malaysia di mata dunia.
à   Membantu dan mempermudahkan pengguna dalam mencapai ilmu.

Objektif
ü  Menjadi contoh kepada generasi belia dalam memjukan ekonomi Negara dalam sektor penerbitan
ü  Menyebarkan maklumat tentang teknologi kepada semua kaum,bangsa dan pelbagai lapisan umur.

SALURAN PROMOSI YANG DIGUNAKAN:-
1.      Mengiklankan hasil terbitan di ruangan Iklaneka di dalam surat khabar dan media cetak
2.      Mengiklankan hasil terbitan di Facebook dan email melalui alamat email ridhwansamin@gmail.com
3.      Hebahan Yahoo mail
4.      Mendirikan Blogspot perniagaan  Rspublish.blogspot.com yang mudah di akses untuk mendapatkan pelbagai maklumat.

SALURAN AGIHAN PEMASARAN:-
1.      Dijual melalui pekedai-pekedai buku (Pengedar)
2.      Dijual secara Tempahan Pos
3.      Dijual Secara Tempahan Email

Kami juga menyiarkan cerita rekaan (cereka) bersiri secara percuma di laman blogspot ini antara cereka yang sedang disiarkan adalah cereka Memori yang berlalu (untuk membaca cereka sila klik tajuk cereka tersebut)


 
(Video Taqname Kami)

PRODUK-PRODUK YANG KAMI TERBITKAN


















senarai produk diterbitkan:-

1.BUKU GITAR

2.CERPEN

3.MAJALAH

4.ePDF BOOK

5.NOVEL



1.BUKU GITAR

Dapatkan koleksi kord gitar lagu melayu percuma. Untuk mendapatkannya sila klik tetingkap PERCUMA

2.CERPEN

Dapatkan Cerpen bersiri percuma (Memori Yang Berlalu) untuk dapatkannya sila klik tetingkap PERCUMA

3.MAJALAH

Masih lagi dalam perancangan


4.ePDF BOOK


Dapatkan keluaran terbaru RSP yang kini telah diterbitkan dalam bentuk format ePDF BOOK dan anda boleh mendapatkannya secara online....
JENIS : MOTIVASI
KOD BUKU : EA006
ePDF BOOK : RM 10.00

JENIS:MASAKAN
KOD BUKU: EA002
ePDF BOOK : RM 5.00 (BELI)


JENIS:MASAKAN
KOD BUKU: EA004
ePDF BOOK : RM 5.00 (BELI)


JENIS: MUZIK
KOD BUKU: EA003
ePDF BOOK : RM 5.00 (BELI)

JENIS:MASAKAN
KOD BUKU: EA005
ePDF BOOK : RM 5.00 (BELI)

JENIS : MASAKAN
KOD BUKU :EA001
ePDF BOOK : RM 10.00

5. NOVEL

Kasihnya Siti Zulaika

Kasihnya Siti Zulaika menceritakan tentang Hafiz merupakan seorang pengurus restoran wahila yang baru sahaja ditukarkan ke Perlis untuk bertugas disana. Dia yang baru sahaja kecewa kerana putus cinta menerima tanggugjawab tersebut dengan redha disamping mengubat hatinya yang sedang lara. Ketika dia mula sampai ke perlis, secara kebetulan dia terjumpa dengan rakan sekolah lama dia yang bernama Siti Zulaika dan apa yang dihairankan ialah Zulaika yang dijumpainya ini bukanlah Zulaika yang pernah dia kenal dulu kerana segala-galanya telah berubah dari segi penampilan dan sikapnya yang kini lebih sopan sesuai dengan jawatan ustazah yang disandang oleh gadis manis tersebut.
Bermula dari pertemuan secara tidak sengaja di masjid negeri perlis bertukar kepada hubungan perniagaan apabila Zulaika mengambil perkhidmatan katering direstoran Wahila dan dalam pada masa yang sama Hafiz turut serta dalam gerakan usrah yang aktif di masjid negeri tersebut dan secara kebetulan juga rakan seusrahnya iaitu Pak Syamsul merupakan ayah kepada Zulaika, semenjak dari hari itu mereka mula bersahabat baik,segala masalah yang dihadapi oleh Hafiz diluahkan kepada Zulaika kerana baginya Zulaika adalah tempat baginya mengadu. Mereka juga sering membincangkan masalah mengenai gejala sosial yang melanda kehidupan masyarakat muda-mudi pada zaman sekarang kerana mereka mempunyai minat yang sama dalam bidang agama.
Pada mulanya Hafiz tidak menyimpan apa-apa perasaan kepada Zulaika kerana semenjak dikecewakan oleh kekasih lama dia yang bernama Adibah telah menyebabkan pintu hati dia kepada cinta telah tertutup rapat namun begitu setelah melihat kelembutan,kesopanan dan tatasusila percakapan yang ditunjukkan oleh Zulaika membuatkan Hafiz tertarik. Pada suatu hari Hafiz telah mengambil keputusan untuk melamar Zulaika tapi lamarannya itu ditolak oleh Zulaika.Hafiz meminta penjelasan dari Pak Syamsul iaitu ayah kepada Zulaika. Rupa-rupanya Zulaika pernah mengalami satu persitiwa hitam hingga mengubah cara hidupnya.
Apakah peristiwa yang dialami Oleh Zulaika?.
Adakah Zulaika dan Hafiz akan disatukan?.
Dapatkanlah Novel Kasinya Siti Zulaika yang akan diterbitkan Disember 2010 akan datang.