Thursday, January 20, 2011

CARA-CARA MEMBUAT PESANAN ePDF

CARA-CARA MEMBUAT PESANAN ePDF BOOK KEPADA RIDHWAN SAMIN PUBLSHING 



BAYARAN BOLEH DIBUAT DENGAN  TIGA KAEDAH:
  1.      Melalui pindahan wang melalui Maybank2u.com
  2.      Melalui Cash Deposit Machine (CDM)
  3.     Melalui bank in manual (menggunakan slip).

emailkan butir-butir pembelian termasuk dengan salinan slip /deposit bank/ cetakan laporan pindahan tunai  yang dibuat ke no akaun MAYBANK bernombor 101534072821iaitu akaun berdaftar dibawah nama MOHAMAD RIDHWAN BIN MOHD SAMIN dan hantarkan ke alamat email penerbitan.rsp@gmail.com. (PASTIKAN SLIP DRAF/DEPOSIT BANK DIHANTAR MELALUI EMAIL DENGAN KAEDAH SCAN & ATTACH FILE.)

PENGHANTARAN ePDF AKAN DIPROSES DALAM HARI BEKERJA (TUTUP SABTU DAN AHAD) 

Anda dikehendaki menulis
  1. nama
  2. alamat email
  3. alamat penghantaran
  4. no kad pengenalan
  5. tajuk buku yang ingin dibeli
  6. kod buku yang ingin dibeli seperti EA003 / NA001/ MA002
  7. bilangan pesanan
  8. Jumlah yang perlu dibayar 
  9. Jangan lupa uploadkan imej slip bayaran maybank/laporan pemindahan maybank 
PERINGATAN: jangan lupa untuk menyertakan no telefon untuk RSP hubungi sekiranya terdapat masalah dalam penghantaran.

ePDF akan dihantar sebaik sahaja kami menerima email tersebut. sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi RSP.

(contoh FORMAT email yang perlu ditulis)

 (contoh email salah seorang pembeli yang telah membuat pembelian)

Saturday, January 1, 2011

ORGANISASI

(Pentadbiran atasan)


PROSES PENGELUARAN SESUATU TERBITAN

 
KATA ALUAN PENGARAH PERNIAGAAN
Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada penegemar-pengemar buku-buku tempatan, terima kasih saya ucapkan diatas sokongan yang telah anda berikan selama ini. Seperti yang diketahui, Ridhwan Samin Publishing (RSP) adalah salah sebuah perniagaan yang menjalankan penerbitan secara kecil-kecilan. RSP juga tergolong dalam kategori industri terbit sendiri buku. Oleh itu saya sentiasa mengharapkan sokongan padu dari pihak anda dengan membeli buku-buku yang akan diterbitkan agar dapat membantu RSP untuk terus maju dan mampu bersaing dalam industri perniagaan penerbitan

PENGEDAR

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar kami boleh meniru Format Borang Permohonan untuk menjadi pengedar kami seperti dibawah ini :- 

PENULIS

PANDUAN PENGHANTARAN MANUSKRIP

Anda yang berminat untuk menjadi penulis menghantar karya perlu mengikut panduan yang disediakan oleh Ridhwan Samin Publishing seperti berikut:

  1. Ketebalan manuskrip hendaklah diantara 400 – 500 saiz A4. Jaraknya atau langkau mestilah double spacing.

  1. Saiz font 12 dan gunakan font ITC Clearface atau Times Roman.

  1. Manuskrip perlu dicetak di bahagian depan sahaja dan bukannya depan belakang. Kemudian dijilid. Seelok-eloknya com binding. 

  1. Sertakan sinopsis cerita, nama penuh, alamat, nombor telefon dan alamat emel anda untuk dihubungi.

5.   Manuskrip ini hendaklah dihantar sendiri atau diposkan ke Ridhwan Samin Publishing.
(Jangan sertakan CD, disket atau pendrive.)

6.   Setiap manuskrip yang sampai ke Ridhwan Samin Publishing akan dimaklumkan kepada penulis.
      Penerimaan ini juga akan direkodkan sebagai simpanan kami.

7.   Panel penilai akan menilai setiap manuskrip dalam masa empat hingga enam minggu.

8. Setiap karya akan dinilai dari aspek tema, plot, bahasa, kronologi cerita, moral, keistimewaan  (tidak meniru atau stereotaip dengan cerita-cerita yang pernah dibaca/ada identiti sendiri), falsafah, teknik penceritaan dan mood cerita.

9. Sekiranya kualiti cerita tidak memenuhi kriteria pemilihan, manuskrip tersebut akan dikembalikan. Biasanya dengan pos berdaftar atau pos ekspres.

10. Sekiranya panel penilai berpendapat manuskrip tersebut sesuai untuk diterbitkan, penulis akan dimaklumkan tentang perubahan/pemantapan yang perlu dilakukan. Kebiasaannya penulis dikehendaki melakukan penambahan/ pindaan
bagi memastikan kemantapan cerita (tertakluk kepada perbincangan).

11. Setelah panel penilai berpuas hati dengan pindaan/perubahan/pemantapan yang telah dilakukan, penulis dikehendaki menghantar CD atau emel kepada kami manuskrip tersebut untuk proses penyuntingan.

12. Elakkan cerita bertemakan kahwin paksa, kahwin yang diaturkan oleh  keluarga, kahwin kerana berkhalwat dan orang ketiga kerana cerita sebegini telah banyak berada di pasaran dan dapat dijangka apakah ke­sudahannya.

13. Cuba fikirkan jalan cerita yang menarik, ada unsur saspens/tanda tanya, ada identiti sendiri serta lonjakan emosi yang boleh menarik pembaca untuk terus membaca. Yang pasti, elakkan persamaan jalan ce­rita dengan novel lain yang pernah anda baca.

14. Anda perlu menghantar keseluruhan manuskrip dan bukannya sekadar lima bab sahaja semata-mata untuk mendapatkan komen.


15. Penghantaran manuskrip hendaklah dialamatkan kepada:

KETUA EDITOR
RIDHWAN SAMIN PUBLISHING,
NO 30, SS 8/A,
TAMAN SRI SAUJANA,
81900, KOTA TINGGI,
JOHOR.

 Royalti dibayar adalah sebanyak 15% dari hasil jualan bersih novel

CARA MENGIRA ROYALTI:-

Harga Jualan – Komisen Pengedar – Kos percetakan = Jualan Bersih

Jualan Bersih X 15% = Royalti pemilik 


HUBUNGI KAMI

RIDHWAN SAMIN PUBLISHING
NO 30 JALAN SS 8/A
TAMAN SRI SAUJANA
81900 KOTA TINGGI
JOHOR DARUL TAKZIM

NO TELEFON: 014-2751890



SEJARAH PENUBUHAN RIDHWAN SAMIN PUBLISHING

Di tubuhkan sebagai sebuah perniagaan milikan tunggal berkonsepkan milikan tunggal dan merupakan sejenis perniagaan yang boleh dikatakan sebagai industri kecil dan sederhana (IKS), dimana menjalankan kerja-kerja penerbitan buku-buku, seperti buku muzik, novel, cerpen dan juga majalah serta pelbagai lagi bahan bercetak. Di daftarkan di Suruhanjaya Syarikat Perlis namun beroperasi di Johor dengan menggunakan alamat rumah sebagai alamat perniagaan. Dengan bermodalkan duit poket sendiri, pengasas perniagaan ini iaitu saudara Mohamad Ridhwan telah berjaya mengeluarkan hasil keluaran terbitan beliau yang pertama iaitu novel berjudul Kasihnya Siti Zulaika yang mana sambutanya begitu hangat ditempat pengajian beliau iaitu Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis naskah awal sebanyak 15 unit hanya dicetak sebagai sample untuk ditunjukkan kepada pensyarah yang banyak menyokong dan memberi tunjuk ajar kepada beliau dalam bidang perniagaan.


Pelbagai halangan dan cabaran yang ditempuhi ketika menjalankan perniagaan sepanjang tahun 2010, antaranya ialah ditipu oleh individu tidak bertanggungjawab dimana kos percetakan yang dikenakan tujuh kali ganda lebih mahal berbanding dengan kos percetakan sebenar selain dari filem cetakan(Mastercopy/ blueprint) untuk Novel yang diterbitkan tidak diberi sebaliknya hanya desing dan pagemaker sahaja diberikan. Selain daripada itu dengan tiadanya kemudahan mesin Faks dan juga pekerja yang mahir membuatkan segala-gala urusan dilakukan oleh Ridhwan sendiri daripada kerja menghantar surat hinggalah menguruskan desing cover novel. Segala-galanya dilakukan sendiri tanpa ada bantuan dari mana-mana pihak.


Sehingga ke hari ini cetakan kedua masih lagi belum dapat dijalankan walaupun modal untuk mencetak buku tersebut sudah berada dalam gengaman hanya menunggu dari Syarikat percetakan baru yang dipercayai sedang menjalankan penganalisisan kos bagi senaskah buku dan juga jumlah keseluruhan naskah yang akan diperolehi dari kos tersebut. Cetakan yang kedua ini dijangkakan akan menelan belanja sebanyak RM 2500 secara tunai tidak termasuk belanja pengurusan.


Sungguhpun beban dan permasalahan dalam dunia perniagaan yang diceburi oleh pengasas yang dilahirkan pada tahun 1991 ini sangat mencabar namun begitu dia menyembunyikan segala masalah-masalah yang dihadapi beliau di sebalik senyuman. 


"Berat mata memandang beribu kali berat bahu memikulnya" 


Itulah kata-kata yang pernah diucapkan oleh beliau, namun begitu beliau berjaya hari ini diatas sokongan dari rakan-rakanya. 
 SEUNTAI KATA UNTUK DIRASA
"Walauapapun saya tetap akan usahakan segala-galanya sehingga habis duit modal yang telah saya simpan selama ini demi cita-cita saya. Andai kata ada rezeki, saya berbesar hati menerimanya begitu juga sekiranya saya rugi saya tetap akan menerimanya dengan tabah, perjalanan hidup saya masih jauh dan tidak salah kalau kita mencuba nasib daripada menuggu guruh dilangit berdentum mendambakan hujan turun. Saya tidak akan merasa malu sekiranya perniagaan ini rugi sebaliknya saya merasa bangga diatas apa yang telah saya usahakan dan saya sentiasa berdoa semoga Allah sentiasa memberkati hamba-hambanya yang sentiasa berusaha mencari rezeki demi meneruskan kehidupan di dunia ini sejurus menjalankan janjinya sebagai khalifah dimuka bumi ini- Amin " - Mohamad Ridhwan Mohd Samin